THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 5, 2009

Motivasi Pelajar Cemerlang


Kaedah yang dibincangkan dalam buku saya adalah kaedah yang saya dapati benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa terpanggil untuk menulis buku “Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan”.Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang dibincangkan dalam buku saya, saya berharap anda dapat meluahkan rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris supaya seluruh dunia mendapat manfaat! Kini, menjadi pelajar cemerlang bukanlah perkara aneh lagi!"

Name of Module : Introduction to Power Point Presentation

Name of Module : Introduction to Power Point Presentation

Objective : The students should be able to
i. state the steps to launch PowerPoint presentation
ii. state the function of menu bar and toolbars
iii. create a blank slide presentation
iv. use WordArt
v. insert picture
vi. insert custom animation
vii. save the presentation
viii. close and exit the presentation

Knowledge and Skills :

i. Launch Power Point 2003 software.
ii. Insert WordArt, picture and custom animation.
iii. Save a file.
iv. Close and exit presentation.

Launch the Power Point Presentation

1. Click Start, All Programs and Microsoft Office.
2. Choose Microsoft Office PowerPoint 2003.
3. A screen as below will be displayed.
4. The display is the interface of Power Point Presentation.
5. There are Menu bar and Toolbars on the top of the window

Insert WordArt
1. On the drawing toolbar, click WordArt
2. Select any ‘WordArt’ style.
3. The WordArt Gallery dialog box appears.
4. When Edit WordArt Text dialog box appears, type the word Myself and click OK as shown below.

Insert Picture

1.Click Insert on the Menu bar, then select Picture from Clipart or Files where your pictures are saved
2.Move the picture anywhere you like on the slide. You may see an example below.

Insert Custom Animation

1.Click Slide Show on the Menu bar and select Custom Animation.
2.The Custom Animation Task Pane appears on the right of the window.
3.Click on the word Myself then click Add Effect on the task pane.
4.Select Entrance from the drop down menu and select any effects such as Checkerboard, Fly In and others.
5.You may modify the effects; start, the speed and direction by clicking the drop down buttons.
6.Click on the picture and then click Add Effect on the task pane.
7.Select Emphasis from the drop down menu and select any effects such as Grow/Shrink, Spin or more effects.
8.You may modify the effects; start, the speed and amount by clicking the drop down buttons.
9.Save your presentation as Myself in My Document.
10.Close and exit your presentation.

Sunday, June 28, 2009

Dorongan ibu bapa bantu anak hadapi peperiksaan

Pupuk budaya membaca, perbanyak amalan kerohanian bimbing pelajar capai kejayaan

LAZIMNYA apabila anak menduduki peperiksaan utama persekolahan sama ada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pencapaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.

Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain memperbaiki kelemahan anak.

Ibu bapa juga perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang serta menguruskan masa dengan bijak.

Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.

Selain mengulang kaji pelajaran di rumah, anak juga perlu digalak belajar secara berkumpulan kerana kaedah itu berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan dapat bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas.

Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.

Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah kerana dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan dan ini pasti akan menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.

Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.

Jika ini dilakukan secara berterusan, Insya-Allah anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan. Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa.

Oleh itu, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak.

Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan kerana anak Islam hari ini sama ada di bandar atau desa didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajak mereka berfikir mengenai senario akan datang.

Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi didasarkan kepada merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca ini perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.

Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca. Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak menjaganya dengan baik.

Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan seperti menyusun perhiasan di ruang tamu supaya dapat dimanfaatkan oleh anak dari semasa ke semasa.

Bukankah sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa ayat pertama turun kepada Rasulullah SAW ialah: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah al-Alaq, ayat 1)

Ibu bapa memainkan peranan penting mewujudkan budaya membaca. Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak. Berdasarkan ini, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga seperti budaya solat, makan dan bercuti bersama.

Dengan cara ini, budaya ilmu itu secara tidak disedari akan menjadi amalan yang sangat baik bagi kemajuan ummah.

Diriwayatkan oleh Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi."

Ibu bapa adalah pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar. Apapun perancangan yang dibuat jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja.

Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka.

Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal."

Fokus: Mata pelajaran SPM

Pelajar perlu fokus subjek berkaitan bidang diminati bagi mencapai keputusan terbaik

SETELAH sedekad Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan secara pensijilan terbuka, Kementerian Pelajaran akhirnya membuat transformasi apabila mengehadkan jumlah mata pelajaran diambil calon peperiksaan berkenaan.

Berdasarkan ketetapan baru yang akan dilaksanakan mulai tahun depan itu, calon peperiksaan berkenaan hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 subjek, manakala 11 mata pelajaran bagi calon aliran agama sains.


Berbanding sistem pensijilan terbuka dilaksanakan sejak 2000, jumlah mata pelajaran tidak dihadkan dan calon bebas menentukan jumlahnya hingga ada yang mengambil 21 subjek.

Mengulas keputusan itu, Yang Dipertua Kesatuan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (KKPSM), Azam Md Atan, berkata cadangan mengehadkan pengambilan subjek itu pernah disuarakan pihaknya kepada kementerian menerusi beberapa pertemuan sebelum ini, selain turut dijadikan fokus perbincangan seminar dan konvensyen pendidikan.

Katanya, kaitan pelajar mengambil banyak subjek sering dipersoalkan, malah pihak kesatuan sendiri pernah memohon agar Kementerian Pelajaran meneliti semula konsep sistem pensijilan terbuka SPM.

“Kami melihat keputusan ini sebagai bukti kepekaan kementerian terhadap pandangan dan saranan disuarakan pelbagai pihak termasuk KKPSM yang sememangnya menantikan respon positif sejak dulu lagi.

“Pujian wajar diberikan kepada Kementerian Pelajaran kerana bijak dan tuntas dalam membuat keputusan berkaitan isu ini. Bagi pihak kesatuan, setiap keputusan dibuat pasti ada sebab kukuh demi memastikan pembangunan potensi pelajar yang lebih menyeluruh,” katanya kepada Berita Harian.

Biarpun masih ada suara sumbang yang mempertikaikan kewajaran keputusan itu, beliau menyarankan agar semua pihak khususnya pelajar bersikap positif dan terbuka dengan perubahan itu.

Sebagai pelajar, katanya, wajar bagi mereka memfokus mata pelajaran berkaitan bidang diminati dan bersesuaian dengan kecenderungan atau kemahiran mereka bagi mencapai keputusan berkualiti.

“Jumlah kuantiti subjek yang banyak bukanlah kayu pengukur sebenar kecemerlangan pelajar, malah lebih parah jika ia tidak diseimbangkan dengan pencapaian kokurikulum yang menjadi penyumbang utama pemupukan kemahiran insaniah, sahsiah dan kepimpinan pelajar.

“Malah, pelajar juga perlu ingat, selepas keluar universiti kelak, persoalan sama ada seseorang itu pernah memperoleh 18 1A atau 20 1A dalam SPM tidak lagi relevan.

“Majikan kini lebih suka menawarkan pekerjaan kepada graduan yang bukan saja cemerlang akademik tetapi yang mempunyai keyakinan, bakat kepemimpinan, pandai bergaul, inovatif dan kreatif,” katanya.

Beliau turut berharap agar keputusan mengehadkan pengambilan subjek SPM dapat mengubah persepsi pelbagai pihak yang sebelum ini sering melabelkan sistem pendidikan negara terlalu berorientasikan peperiksaan.

Malah, katanya, keputusan itu juga dilihat sebagai sebagai mekanisme terbaik menangani isu pengagihan biasiswa khususnya yang ditawarkan kerajaan kepada lulusan SPM.

“Isu pemilihan pelajar yang layak menerima biasiswa sering dipersoalkan ramai pihak setiap tahun, malah ada yang mempertikaikan ketelusan kerajaan dalam isu itu.

“Peluang pelajar yang mendapat 20 A contohnya lebih luas untuk mendapat biasiswa berbanding pelajar 10 A. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan pelajar dan dengan keputusan mengehadkan pengambilan subjek, saya rasa isu ini akan diatasi dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Akademik, Sekolah Agama Menengah Bestari (SAM Bestari), USJ 5, Subang Jaya, Selangor, Sabariah Jaafar, berkata pengambilan maksimum 11 subjek SPM bagi calon aliran agama sains yang diputuskan Kementerian Pelajaran disifatkan rasional dan sememangnya menjadi amalan kebanyakan sekolah agama.

Di SAM Bestari, beliau menjelaskan, majoriti calon SPM diwajib mengambil 11 subjek dan hanya segelintir calon yang mengambil lebih daripada jumlah itu dengan syarat mendapat kebenaran pihak sekolah.

“Empat subjek wajib diambil calon adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik selain tiga subjek teras aliran agama iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah.

“Calon turut mengambil empat subjek elektif sains tulen iaitu Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan salah satu daripada subjek Biologi atau Lukisan Kejuruteraan.

“Kombinasi 11 subjek itu sudah mencukupi dan bersesuaian dengan masa yang diperlukan pelajar untuk pembelajaran dan ulangkaji tanpa mengenepikan kepentingan pembabitan mereka dalam aktiviti kokurikulum,” katanya.

Biarpun keputusan jumlah maksimum 11 subjek hanya membabitkan calon 2010 sebelum calon seterusnya diwajibkan mengambil 10 subjek maksimum mulai 2011, beliau berkata, pihaknya akan memastikan pengubahsuaian dilaksanakan segera bagi membantu calon membuat pilihan subjek yang tepat dan bersesuaian dengan mereka," katanya.

Wednesday, June 24, 2009

Damai di Bermuda




Gugusan 9 pulau indah: Pasir pantai merah jambu janjikan percutian mengasyikkan di BermudaSEBUT saja Bermuda, pasti mengingatkan kita kepada pulau yang penuh mistik dengan kisah kehilangan kapal dan pesawat di kawasan dikenali Segi Tiga Bermuda, terus terlintas di fikiran.
Atau paling tidak pun, mereka yang meminati muzik, pasti terkenangkan lagu popular Barry Manilow yang bertajuk Bermuda Triangle.Namun bagi penulis, bukan soal mistik atau misteri Bermuda yang melekat di minda, sebaliknya pengalaman menempuh perjalanan untuk sampai ke pulau yang sungguh indah ini terbukti bukanlah sesuatu yang mudah. Perjalanan yang dilalui menghampiri 20 jam tanpa mengira waktu transit, tetapi jika dicampurkan waktu menanti transit di Lapangan Terbang Heathrow, London, ia sebenarnya mengambil masa 29 jam kerana hanya ada satu penerbangan ke pulau ini.
Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Bermuda, sesiapa pun pasti terkejut melihat bangunannya amat jauh ketinggalan zaman serta uzur dan luntur warnanya, namun apa yang dilihat seterusnya boleh menjadi kenangan seumur hidup kerana pulau ini sangat indah.






Tembok yang dibina British pada awal 1800.



Bermuda yang merangkumi sembilan pulau dikelilingi Lautan Atlantik dihasilkan daripada letusan gunung berapi dan percayakah anda, di sebalik keindahan lautan serta daratannya, pulau ini cuma didiami kira-kira 60,000 orang. Budaya pulau ini, khususnya muzik dan tarian pula sarat dengan pengaruh Afrika berikutan ramai golongan hamba abdi dari benua itu dibawa ke Bermuda yang dikatakan mendapat nama daripada seorang kapten berbangsa Sepanyol, Juan Bermudez. Bermudez dikatakan menjumpai pulau ini pada 1503 dan pada 1609, Laksamana Sir George Somer berdepan masalah kapal karam berhampiran Bermuda lalu di pulau inilah beliau membina kembali kapal dan cuba untuk menuntut Bermuda yang dimiliki British selain cuba menamakannya sebagai Pulau Somers, tetapi gagal. Bagi penulis, keunikan di pulau ini jelas terasa sepanjang perjalanan dari Lapangan Terbang Bermuda ke ibu kotanya, iaitu Hamilton.



Bandar St George, diiktiraf Bandar Warisan Dunia oleh Unesco.

Ini dari segi barisan rumahnya yang menggunakan bumbung diperbuat daripada ‘limestone’ atau batu kapur berwarna putih untuk menakung laluan air hujan. Kaedah ini digunakan sejak ratusan tahun lalu kerana masalah air bersih sememangnya menjadi satu masalah utama kepada penduduknya.

Air hujan yang melalui celah bumbung ini dikumpulkan dalam kolam besar yang dibina di bawah tanah setiap rumah yang menjadi usaha mendapatkan sumber bekalan air bersih sepanjang tahun bagi kegunaan harian penduduk Bermuda. Satu perkara yang menarik tentang Bermuda, tidak ada satu pun bangunan tinggi di pulau ini dan jika ada pun, sebuah bangunan yang kini dalam pembinaan setinggi 10 tingkat di bandar Hamilton yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Bermuda.

Jangan lupa melawat Bermuda Aquarium Museum dan zoo yang ditempatkan dalam sebuah bangunan 3 dalam 1, menggabungkan tiga tarikan utama di sini, malah koleksi hidupan laut di akuarium itu sememangnya menakjubkan. Bersebelahan akuarium, terletak bangunan muzium yang menempatkan fakta asal usul Bermuda yang lebih terperinci dan dipenuhi kemudahan seperti interaksi bersama pengunjung menggunakan teknik robotik, audio visual, skrin sentuhan, kios dan hologram. Sebuah zoo kecil yang terletak di tepi laut pula menempatkan binatang jinak yang dibiarkan berkeliaran bersama pengunjung. Bagi penulis, antara keunikan yang harus dikongsi bersama pembaca adalah pantai di Bermuda yang pasirnya berwarna merah jambu, dikatakan terhasil daripada kehancuran hidupan laut ‘foram’ di lautan Bermuda. Pasir-pasir ini boleh dibawa pulang kerana boleh dibeli pengunjung dalam botol kecil. Peringatan lain - pastikan melawat Bermuda di musim panas. Ini disebabkan pengalaman melucukan penulis yang menjerit kerana tidak sabar turun ke laut tetapi sebaliknya ditertawakan pengunjung kerana suhu air ketika itu yang dingin. Hanya selepas itu, penulis menyedari tiada sesiapa pun yang mandi disebabkan suhu airnya itu. Tarikan lain adalah sebuah pulau menarik dan unik namanya, Nonsuch Island yang memerlukan pengunjung menaiki kapal ke pulau ini yang pada asalnya digunakan sebagai habitat burung. Namun kini, pulau itu terus dipulihara bagi mengekalkan flora dan faunanya yang dikatakan tidak ada di pulau lain dan semasa menaiki kapal, pengunjung akan berasa kagum kerana pulau ini amat indah sewaktu dilihat daripada lautan.

Awas! ada amaran kepada mereka yang mudah mabuk laut - anda perlu membuat persediaan awal kerana gelombang ombaknya agak mencabar. Sebagai pulau yang mempunyai hidupan laut yang mungkin tiada di kawasan lain, Bermuda Under Water Exploration Institute (BUEI) menempatkan saintis dari seluruh pelusuk dunia membuat kajian mengenai hidupan dan masa depannya, termasuk menyelamatkan spesis sedia ada daripada pupus. Salah satu pulau yang popular dan menjadi kunjungan ramai pelancong ialah Bandar St George yang diiktiraf bandar warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2000. Ia menjadi penempatan awal yang memperlihatkan ‘ketuanan’ British di pulau ini, juga ibu kota lama Bermuda menempatkan bangunan Vermond Bermuda National Craft Museum dibina pada 1710 yang mempamerkan banyak koleksi artifak dunia barat dan China.

Satu lagi keistimewaan Bermuda ialah deretan hotelnya di tepi laut yang banyak bercirikan bangunan lama Inggeris seperti tempat penginapan penulis, Hotel Fairmont Hamilton Princess hingga pekerjanya juga berpakaian bercirikan ketuanan British. Bagi peminat seni tampak, pastikan mengunjungi Bermuda National Gallery dan Masterworks Museum of Bermuda Art yang menempatkan karya pelukis pulau ini, selain Bermuda Institute of Ocean Sciences dan Bermuda Historical Society Museum. Jika berkesempatan, Bermuda boleh menjadi destinasi pilihan terutama pasangan yang ingin berbulan madu atau meraikan ulang tahun perkahwinan kerana ia menjanjikan satu percutian yang penuh nostalgia dan mengasyikkan.

Monday, April 20, 2009

Components Of A Computer
CPU:
Central Processing Unit. The most powerful microprocessor chip in your computer is the CPU. For example the Intel Pentium chip handles the central management functions of a high-powered PC. Intel's newest Hyper-Threading (technology that allows the CPU to process two separate threads of data simultaneously) CPU supports a 1 megabyte on-board L2 cache (the on-board cache functions as a buffer to feed data to the CPU at a faster rate). The speed of the CPU is measured in GigaHertz (billions of cycles per second).

RAM:
Random-Access Memory. Hardware inside your computer that stores information while you work. RAM is one of the things that makes your computer run faster. RAM is not permanent storage of data. When you turn your computer off, all data in RAM is lost. RAM is available in different types, sizes, and speeds. Currently, depending on the Motherboard, the Intel Celeron D CPU uses PC-2700 ram with 533 MHz FSB (Front Side Bus). The Intel Pentim 4 HT CPU uses PC-3200 DDR (double data rate) ram with 800 MHz Front Side Bus.

Hard Drive:
A Data Storage medium that houses all of the information in your computer. This would include your operating system (Windows), device drivers, programs, and data you have created using your programs (word documents, spread sheets, etc.). Unlike RAM the Hard Drive retains data when the computer is turned off. Hard Drives sizes are in GigaBytes or billions of characters. EIDE hard drives spin at a speed of 7200 RPM. Older EIDE hard drives spin at 5400 RPM. New technology hard drives are now on the market, and these are SATA (Serial ATA) hard drives. Currently, these SATA hard drives have speeds approximately the same as EIDE. Looking ahead, the SATA hard drives will be faster and the prices will drop. The SATA hard drives require different MotherBoard technology to support them.

MotherBoard:
The main circuit board of the computer. All key internal and external components of your computer plug into the MotherBoard, such as the CPU, RAM, Hard Drive, etc. The speed at which information travels across the MotherBoard is referred to as the BUS speed. Recently a new technology has been introduced called PCI Express. This allows a faster data transfer speed across the MotherBoard, especially for video graphics.


Case:
Often called the "computer", the case houses and provides power to the major computer components, including the MotherBoard, CPU, Hard Drive, RAM, Video Card, Sound Card, etc. Those components not housed in the computer case are usually referred to as "peripherals". The case also houses the power supply. It is important to have a large enough power supply to handle your current and future needs. Also important is that the case be large enough and have enough ball bearing fans so the internal components do not overheat and cause damage to themselves. Miniature cases are to be avoided. Never put your computer in a desk compartment or other small space where it can't breathe. Heat is the enemy of all computers.

Monitor:
The video display unit that sits on your desktop and serves as your computer screen. Monitors are available in two basic types. The CRT (cathode ray tube - looks like a TV set), called "flat" or "perfect flat" and the LCD (liquid crystal display) called "flat panel"- pictured on the left. The LCD Flat Panel monitors are more expensive, but have a smaller footprint on your desktop. The better LCD monitors can support digital (better) or analog input from the video card. With LCD Monitors we must watch closely the "response time". This is how fast the monitor redraws the picture. If you get a LCD with a slow refresh rate, some video or games may be jerky to watch.
Be careful when you buy - rebuilt or refurbished monitors may be called "new" and have a one year warranty. You want a "brand new" monitor with a three year warranty.

Video Card:
A circuit board that plugs into a MotherBoard slot, usually an AGP (accelerated graphics port) slot or PCI Express slot (newer/faster/more bandwidth) and handles multimedia applications and graphics-intensive web sites freeing up the CPU (thereby increasing your computers speed). The monitor plugs into the video card which is accessed thru a slot in the back of your computer. The better the graphics chip on the video card, and the more ram built on the video card, the faster the display on the monitor. Top of the line games need very high performance video cards. Better Video Cards have both Digital (better) and Analog outputs.






Speakers:
Produce sound (music, voice, etc.) based on data created and sent by the sound card. Today, computer speakers have become very high quality and many include a sub-woofer for good bass.

Sound Card:
A circuit board that plugs into your MotherBoard that adds audio capability to your computer, providing high quality stereo output to the speakers.

CD-ROM:
Compact Disk - Read Only Memory. An optical storage technology that stores and plays back data. "Read Only" means the information can be displayed and used or copied, but cannot be deleted or changed (on the disk). One CD-ROM can hold around 650 megabytes of data, or the equivalent of 450 floppies. The speed of a CD-ROM refers to how fast the disk spins in the device.

CD-Burner or DVD/CD Burner
A CD Burner is the informal name for a CD recorder, a device that can record data to a compact disc. CD-Recordable (CD-R) and CD-Rewritable (CD-RW) are the two most common types of drives that can write CD's, either once (in the case of the CD-R) or repeatedly (in the case of the CD-RW). In the CD-R recording process, the data is actually etched into the disc (burned) with a laser. In the CD-RW process the disk must first be formatted (burned) and then data is copied to or erased from the CD-RW media. Almost all burners can do both tasks - record (CD-R) and rewrite (CD-RW). The best way to determine this is from the specs. "52x32x52a" would be a spec for a current burner. The 52x means the record speed (CD-R), the 32x means the rewrite speed (CD-RW) and the 52a (a = average) means the read speed. If you have a CD-Burner, then a separate CD-ROM is not necessary.
The DVD Burners read, write, and re-write to DVD,s and read, write, and re-write to CD's. If you have a DVD Burner, then a separate CD-Burner is not necessary.

Modem:
A circuit board that plugs into your MotherBoard that enables your computer to communicate with other computers and the Internet. Phone lines are "analog" and computers are "digital" so the modem has the job to MOdulate and DEModulate between analog and digital, thus the name MODEM.
Special Note: For today's Internet User the old telephone modems are all but obsolete - try to obtain Cable or DSL Internet service.

Ethernet Card:
A circuit board that plugs into your MotherBoard and provides the capability to connect or "Network" your computer to other computers and/or the Internet. If you use a cable modem, your computer will need an Ethernet card. Ethernet cards come in different speeds. A 10 Mbps card can transmit/receive at 10 million bits (8 bits to a byte) per second. A 10/100/1000 Mbps card can transmit/receive at up to 1000 million bits per second.

Keyboard:
The peripheral device used to input information into a computer. It provides a set of alphabetic, numeric, punctuation, symbol and control keys. When a character is pressed, it sends a coded input to the computer, which then displays the character on the Monitor. Keyboards are available in corded and wireless models. Keyboards should come with a wrist rest.

Mouse:
A peripheral device connected to your computer, used to reposition the cursor or move the pointer on your screen. A mouse usually has at least two buttons, you can use to highlight text, open menu items, launch programs, etc. A mouse can be corded or wireless. Some mice have a ball on the bottom that rolls as you push the mouse, and some mice have optical function. No ball, the mouse senses the movement by an optical beam it emits. There is no need for a mousepad with an optical mouse.

Floppy Drive:
A device in your computer that allows removable (a floppy disk) storage. Data can be written to or read from a floppy disk in a floppy drive. Each floppy disk can be removed, so you can store data on more than one disk.

Operating System:
The foundation software of a computer system. Responsible for controlling and launching the installed applications and computer peripherals. It schedules tasks, allocates storage, handles the interface to peripheral hardware and presents a "default" interface to the user when no application program is running.