THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 5, 2009

Motivasi Pelajar Cemerlang


Kaedah yang dibincangkan dalam buku saya adalah kaedah yang saya dapati benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa terpanggil untuk menulis buku “Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan”.Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang dibincangkan dalam buku saya, saya berharap anda dapat meluahkan rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggeris supaya seluruh dunia mendapat manfaat! Kini, menjadi pelajar cemerlang bukanlah perkara aneh lagi!"

Name of Module : Introduction to Power Point Presentation

Name of Module : Introduction to Power Point Presentation

Objective : The students should be able to
i. state the steps to launch PowerPoint presentation
ii. state the function of menu bar and toolbars
iii. create a blank slide presentation
iv. use WordArt
v. insert picture
vi. insert custom animation
vii. save the presentation
viii. close and exit the presentation

Knowledge and Skills :

i. Launch Power Point 2003 software.
ii. Insert WordArt, picture and custom animation.
iii. Save a file.
iv. Close and exit presentation.

Launch the Power Point Presentation

1. Click Start, All Programs and Microsoft Office.
2. Choose Microsoft Office PowerPoint 2003.
3. A screen as below will be displayed.
4. The display is the interface of Power Point Presentation.
5. There are Menu bar and Toolbars on the top of the window

Insert WordArt
1. On the drawing toolbar, click WordArt
2. Select any ‘WordArt’ style.
3. The WordArt Gallery dialog box appears.
4. When Edit WordArt Text dialog box appears, type the word Myself and click OK as shown below.

Insert Picture

1.Click Insert on the Menu bar, then select Picture from Clipart or Files where your pictures are saved
2.Move the picture anywhere you like on the slide. You may see an example below.

Insert Custom Animation

1.Click Slide Show on the Menu bar and select Custom Animation.
2.The Custom Animation Task Pane appears on the right of the window.
3.Click on the word Myself then click Add Effect on the task pane.
4.Select Entrance from the drop down menu and select any effects such as Checkerboard, Fly In and others.
5.You may modify the effects; start, the speed and direction by clicking the drop down buttons.
6.Click on the picture and then click Add Effect on the task pane.
7.Select Emphasis from the drop down menu and select any effects such as Grow/Shrink, Spin or more effects.
8.You may modify the effects; start, the speed and amount by clicking the drop down buttons.
9.Save your presentation as Myself in My Document.
10.Close and exit your presentation.

Sunday, June 28, 2009

Dorongan ibu bapa bantu anak hadapi peperiksaan

Pupuk budaya membaca, perbanyak amalan kerohanian bimbing pelajar capai kejayaan

LAZIMNYA apabila anak menduduki peperiksaan utama persekolahan sama ada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pencapaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ibu bapa yang lebih berasakan ketegangannya.

Pada saat begini, ibu bapa biasanya akan mengambil pelbagai usaha bagi memastikan anak memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan diduduki. Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang anak. Ia juga tiket melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mempersiapkan mereka dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Antaranya mewujudkan kemesraan dan bersikap tegas ketika mendidik mereka dan pada masa sama menerima kelebihan selain memperbaiki kelemahan anak.

Ibu bapa juga perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan tidak membentuk anak supaya bercita-cita tinggi, tidak membantu anak menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang serta menguruskan masa dengan bijak.

Di samping itu, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi kepada anak, tetapi tidak memberi sokongan atau dorongan ke arah mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mendoakan anak mereka.

Selain mengulang kaji pelajaran di rumah, anak juga perlu digalak belajar secara berkumpulan kerana kaedah itu berkesan untuk meningkatkan pengetahuan dan dapat bersoal jawab jika ada perkara kurang jelas.

Lagipun, suasana pembelajaran begini tidak membosankan atau boleh membuat mereka mengantuk.

Pelbagai kegiatan yang boleh mereka lakukan bersama seperti berkongsi nota, membanding jawapan dan bersaing sesama sendiri secara sihat.

Ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak belajar berterusan tanpa berehat atau beriadah kerana dikhuatiri jika terlampau menerima tekanan, anak boleh sakit ketika hari peperiksaan dan ini pasti akan menjejaskan keupayaan mereka menjawab soalan.

Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak, kita boleh membantu meletakkan sasaran bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, berapa muka surat yang boleh diulang kaji setiap hari atau berapa jam sehari untuknya belajar secara berkesan.

Jika ini dilakukan secara berterusan, Insya-Allah anak tidak akan panik menjelang minggu peperiksaan. Tekanan biasanya dialami apabila anak kecewa kerana tidak dapat memenuhi kehendak ibu bapa.

Oleh itu, tidak mustahil jika tidak lama dulu kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak sekolah rendah membunuh diri kerana mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Ibu bapa hari ini boleh dikatakan begitu mengambil berat kemajuan anak.

Malangnya, hasrat murni ibu bapa belum mencapai tahap memuaskan kerana anak Islam hari ini sama ada di bandar atau desa didapati kurang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajak mereka berfikir mengenai senario akan datang.

Peluang untuk masuk ke institusi pengajian tinggi didasarkan kepada merit. Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca ini perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian.

Sebagai permulaan, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang atau bilik di rumah masing-masing sebagai tempat anak belajar dan membaca. Boleh dikatakan sebilangan besar keluarga mempunyai bahan bacaan di rumah. Bahan ini ada yang disusun dan diguna dengan sempurna dan tidak kurang pula yang tidak menjaganya dengan baik.

Ibu bapa perlu berusaha menyusun bahan bacaan seperti menyusun perhiasan di ruang tamu supaya dapat dimanfaatkan oleh anak dari semasa ke semasa.

Bukankah sudah termaktub dalam lipatan sejarah bahawa ayat pertama turun kepada Rasulullah SAW ialah: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (Surah al-Alaq, ayat 1)

Ibu bapa memainkan peranan penting mewujudkan budaya membaca. Ibu bapa yang gemar membeli bahan bacaan dan membaca akan menjadi ikutan anak. Berdasarkan ini, ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai kegiatan seisi keluarga seperti budaya solat, makan dan bercuti bersama.

Dengan cara ini, budaya ilmu itu secara tidak disedari akan menjadi amalan yang sangat baik bagi kemajuan ummah.

Diriwayatkan oleh Abu Nai'm daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Manusia yang terdekat kepada darjat kenabian ialah orang yang berilmu dan berjihad. Ada pun yang berilmu, maka mereka memberi petunjuk kepada manusia daripada apa yang dibawa nabi. Dan yang berjihad, mereka berjuang dengan pedang bagi membela apa yang dibawa nabi."

Ibu bapa adalah pembimbing dan pendorong kepada kejayaan seseorang pelajar. Apapun perancangan yang dibuat jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, nescaya segala-galanya akan sia-sia saja.

Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yassin ketika anak menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada mereka.

Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal."